pink purple
2020 / 2021

buwatJe TikTok

BuwatJe ialah sebuah komuniti bertujuan untuk membantu ramai orang terutamanya pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan & mensohorkan (popular) jenama mereka di tiktok.

Apabila video yang dihasilkan semakin tular, DM (Direct Message) masuk bertalu-talu. Ramai yang meminta untuk diajarkan cara membuat video Tiktok.

Perasaan dapat mengajar dan membantu orang adalah satu kepuasan buatnya, dan seterusnya terwujudlah wahana (medium/channel) “BuwatJe” di Telegram.

Bermula dengan 30 orang untuk kumpulan pertama, meningkat kepada 800 orang (kini kumpulan ke-5) dalam tempoh 3 BULAN SAHAJA! Chemell berhasrat untuk terus memajukan komuniti BuwatJe dengan lebih serius untuk membantu peniaga di luar sana!

Kejayaan alumni buwatJe

Testimoni paling gempak

Alumni BuwatJe

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Chemell, atas kepercayaan beliau memberi saya peluang berkongsi pengalaman sebagai salah seorang Alumni Buwatje. Satu peluang yang sangat berharga untuk tampil dalam laman rasmi ‘Buwatje’ buat julung kali ini.

Bila diingat semula perjalanan selama 3 bulan saya menggunakan Tiktok sebagai platform marketing, terlalu banyak pencapaian besar yang saya tak pernah duga. Setakat ini, jumlah follower akaun saya telah mencapai sebanyak 35 ribu orang dan view terbanyak untuk satu content adalah 1.3 juta views. Alhamdulillah.