Tiktok Strategist

Pengasas BuwatJe, Chemell

Chemell pada awal pembabitan beliau di media sosial, mempunyai sifar pengetahuan akan selok belok pelantar ini. Bersumberkan pemerhatian terhadap konten-konten yang dibuat oleh ramai pempengaruh (influencer), beliau akhirnya menghasilkan kontennya sendiri.

Namun, dek kekurangan ilmu dalam memahami algoritma media sosial, menatijahkan kegagalan besar buat beliau. Konten yang hambar dan tidak berstrategi gagal menarik minat warga maya.

Berpegang kuat pada prinsip “gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya”, gadis ini nekad memperdalamkan ilmunya. Cara pembelajaran beliau yang lebih kepada mendengar (auditory) menjadikan siniar (podcast) dan YouTube sebagai pilihan utama. Melalui siniar Gary Vee, Chemell mendapat semangat dan idea baru.

chemell comel

Perjalanan yang bermakna...

Kreatif dalam penghasilan dan pengeditan video, adalah satu kelebihan besar untuk beliau terus berkarya menggunakan pelantar ini. Bermula dengan tujuan untuk berseronok, Tiktok telah bertukar menjadi lubuk pendapatan setelah video ke-8 nya tular.

Dengan modal kecil, pulangan yang beliau peroleh berkali ganda. Hari bersilih ganti, beliau semakin dikenali. Daripada mempunyai seorang pesan hantar (dropship), kini telah meningkat menjadi STOKIS!

Follow my Instagram

Sertai Sekarang!

BuwatJe Tiktok (Advance)

Strategi Tiktok yang akan dikongsikan kepada komuniti BuwatJe adalah lebih daripada apa yang mereka jangkakan.