fashion hijab

Alumni BuwatJe Tiktok raih 35 ribu pengikut di Tiktok dalam masa 3 bulan ikut cara Chemell.

Bismillahirohmanirahim .

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Chemell, atas kepercayaan beliau memberi saya peluang berkongsi pengalaman sebagai salah seorang Alumni Buwatje. Satu peluang yang sangat berharga untuk tampil dalam laman rasmi ‘Buwatje’ buat julung kali ini.

Bila diingat semula perjalanan selama 3 bulan saya menggunakan Tiktok sebagai platform marketing, terlalu banyak pencapaian besar yang saya tak pernah duga. Setakat ini, jumlah follower akaun saya telah mencapai sebanyak 35 ribu orang dan view terbanyak untuk satu content adalah 1.3 juta views. Alhamdulillah.

Tak, saya bukanlah orang yang confidence. Saya pemalu, overthinking, dan takut untuk tonjolkan diri. Saya bukan budak aktif, kreatif apatah lagi rajin. Saya orang biasa, yang lebih suka buat hal sendiri.

Sebelum saya kenal platform tiktok, boleh dikata business content saya asal jadi sahaja. Sekadar video selfie hambar yang tak ada value. Rasa segan, takut orang judge. Ah takpe la,asalkan ada!

Ego kan? hasil pun kosonglah.

Tapi, saya ada passion dan aim dalam bisnes. Saya tak putus asa untuk cari jalan.

Rupanya satu silap saya, yang saya takut sangat nak cuba. PERSONAL BRANDING.

Dari situ saya cuba beranikan diri untuk keluar dari comfort zone. Saya rasa tak ada masa dah untuk rasa insecure. Aku kena buwat juga!

Alhamdulillah, dalam buwatje saya dapat perbaiki semua itu. Terlalu banyak yang saya dapat explore tentang game tiktok sendiri. Benda paling penting yang Chemell sangat tekan kan tentang Tiktok adalah, “Gunakan skill & kelebihan diri” dan “Tiktok untuk orang yang tak perfect”.

Ya memang saya tak perfect. Tapi sepanjang saya bersama circle Buwatje (Group support), mereka lah yang banyak bagi sokongan. Semua ada tujuan yang sama. Mereka sangat tidak berkira untuk berkongsi idea dan sama-sama engage dengan akaun masing-masing.

Tapi yang paling penting, Chemell lah yang menjadi tunggak kami. Sangat bersabar dan profesional melayan kami untuk dibimbing. Sehinggakan saya rasa nilai kelas Chemell teramat berpatutat dengan hasil yang bakal dicapai oleh setiap pelajarnya. Bayangkan ilmu, tenaga, masa dan consultation berterusan , sepatutnya nilai beribu ringgit yang dia perlu kenakan.

Letak tepi soal confidence. Mulakan dan #Buwatje. Jangan buang masa. Tiktok adalah platform wajib untuk kita gunakan sebagai strategi pemasaran terkini. Bukan untuk buat video sia-sia, tapi untuk salurkan nilai pada orang lain. In syaa Allah jika niat dan aim kita jelas, kita boleh konsisten dan buat bersama. Buwatje adalah komuniti yang sangat membantu.

Terima kasih Chemell dan circle buwatje yang sangat supportive. Bersyukur dapat berkenalan walaupun hanya secara maya.

Ikhlas,
Sofea, pemilik akaun Tiktok @sfeaiman

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

1 thought on “Alumni BuwatJe Tiktok raih 35 ribu pengikut di Tiktok dalam masa 3 bulan ikut cara Chemell.”

  1. Saya perlukan ebook ni sbb saya newbie dalam tiktok. Dan saya rasa ilmu chemell lain dari lain. Very straightforward dan mudah faham. Tqsm chemell bagi ilmu Percuma dan membantu kami yg baru nak grow dalam tiktok, teruskan beri manfaat dan ilmu ya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *